tiada siapa sebenarnya yang pernah melupakan. Cuma , kita yang berdepan dengan pelbagai situasi , dan dengan itu masa dan ruang menentukan kebetulan atau takdir. Yang bezakan antara dua hanyalah kita yang merasakannya & tuhan yang setia menyaksikannya , mendengar, & mengingati atas segala kejadian-kejadian yang wujud dalam kehidupan kita.- rahmatilah , segala pergerakkan yang menghubungkan kita di antara satu titik ke satu titik perjalanan. Setiap kali kita bergerak , kita sejujurnya menjalinkan pertalian yang tidak pernah terjalin ataupun erat suatu ketika dahulu.
Cuma, waktu dan ruang yang kita yakin untuk diberikan sepenuhnya , itu dapat lagi mendekatkan kita pada kelupaan yang tidak pernah wujud. Namun atas dasar ego ; kita menganggapkannya seolah-olah kita telah melupakan semalam . Secara semula jadi , perasaan mungkin tidak dapat dibohongi lagi. Apatah lagi, untuk memadamkan ingatan yang kuat tentang seseorang atau sesuatu. Itu seolah-olahnya seperti rahsia yang dikongsi oleh kamu dan tuhan .Yang berjanji untuk simpan buat selamanya.
Segala bukti yang dihidupkan oleh maha kuasa, barangkali atas niatnya untuk kita lebih memahami keraguan sendiri.Penentu arah kita semua adalah masa. Masa menentukan segalanya - jika ia gagal kerana ia bukan waktu yang sesuai dan jika ia lancar ianya kerana masa yang bersetuju.
Kejadian isnin lepas, menyakinkan aku bahawa kita bergerak melalui masa yang ditentukan olehnya. Tuhan mungkin menemukan kita atas niatnya yang berbeza. Ada yang bertemu untuk didatangkan idea, untuk merasakan inspirasi dan selalunya untuk mengenali.
No comments:
Post a Comment